Saturday, July 31, 2010

Padan Ngan Muko Ekau!

Yer.. Dia dah berubah. Dah tak macam dulu. Lebih suka buat hal sendiri. Kalau dulu dia seorang yang banyak cakap. Sampai orang keliling nak layan pun naik menyampah. Mana tak nya, ada je yang dia nak bersuara, bantah, tak nak kalah. Sekarang? Nak bercakap pun, dia jadi malas. Padahal bukan kena keluarkan duit pun. Ntah ape kena ngan dia, ntah ape yang dia tengah fikirkan pun tak tauhu la. Bila orang tanya, jawapan dia terlalu stereotaip.. Erk..! Hipokrit sungguh dia ni.

Sekarang dia lebih suka duduk sorang-sorang. Orang pung-pang-pung-pang berborak kat tepi, dia boleh buat bodoh je. Kalau dia layan pun, bukan dengan sepenuh hati. Macam takde perasaan langsung nak amik tahu hal-hal sekeliling. Pakai headphone, dengar lagu kuat-kuat. Dia tak tahu ke, orang keliling annoyed gila babi dengan perangai dia tu.

Dia patut admit yang dah banyak benda yang dia buat dalam hidup adalah sia-sia. Dia langsung tak pandai nak buat keputusan even untuk diri sendiri. Kalau dulu, dia tak menghiraukan cakap-cakap orang. Orang-orang terdekat mengumpat, sindir pasal dia pun, dia tak amik port. Buat hati kering jer. Selfish! Perasaan orang?? Jangan harap dia nak jaga! Bawak kepala sendiri dalam dunia sendiri yang dianggap betul celaka belaka. Cett.. Kan dah nyesal. Damn! Terlajak jalan, boleh U-turn, terlajak perbuatan, sori to say la bai. Hari ni baru nak sedar bagai?! Tak payah! Dah takde guna!

~ Sigh….~ Pathetic gila la. Rabun warna hati gara-gara perkara remeh-temeh.

Tapi takpe, masih ada masa untuk dia mengubah dan berubah. Ubahlah apa-apa yang patut. Semoga semuanya baik-baik selepas ni. =)

Saya terpaksa yakin bagi pihak dia sebab dia adalah saya. Erk! =.=''

Wednesday, July 21, 2010

Sepetang

Wahhh..!! Dah macam aktiviti wajib pulak tiap-tiap hujung minggu, saya mesti pulang ke pangkuan keluarga yang berada di Pahang. Teeeheee. Hati tersangatlah gumbira sebab sebelum ni nak balik 6kali setahun pun susah tau. Uhuk uhuk uhuk.. Oleh sebab musabab tertentu, tak perlulah saya mengabaikan peluang keemasan ini. Biar sampai mak dan abah cakap "Okeh, mak dan abah dah bosan tengok muka adik. Minggu depan tolong laaa jangan balik. Balik hujung tahun nanti je." Errr.. Tapi saya percaya, mak dan abah tak akan cakap cenggitu. ^_____^

Last weekend, sebelum gerak ke Kole Lumpur saya sempat singgah ke kebun untuk kutip hasil titik peluh abah. Saya ulang, HASIL TITIK PELUH ABAH OK, bukan titik peluh pekerja-pekerja indon yang diupah untuk kerjakan kebun itu.

Nak pegi kebun memang kena dress-up cenggini.

Mesti pakai topi keselamatan sebab takut buah jatuh ketika tengah kusyuk mencari. Nanti terus biol.
Disebab sarung tangan sebelah kanan abang dah rembat dulu, jadi pakai je lah yang sebelah kiri punyer.
Mesti bawak parang dan diikat dipinggang sebab kalo rase dah tak tahan sangat maka boleh terus kupas kat situ jugak.
Pakai selipar. Tak payah nak buat selekeh sangat pergi kebun ngan kaki ayam jer. Tapi lebih afdal pakai kasut yang macam phua chu kang tu.


Tadaaa.. Yerrr, pergi kutip buah durian..!!!

Tak sampai sejam pun kitorang kat situ, dah dapat kutip banyak. Alhamdulillah. Kutip buah memang senang, jalanjalan-jumpa-amik-masuk dalam guni. Nak buktikan ianya memang sangat senang, tengok..!!! Sambil-sambil kutip pun sempat lagi nak bergambar.


Cuba kalo abah suro tanam atau kawenkan pokok, kompem saya dah buat muka senget sebelah. Mane tak nye, time kecik2 dulu, kalau abah suro cabut rumput bawah anak-anak pokok pun, siap nangis2 sebab taknak buat. Rasa macam susah gila la keje tu. Tambah pulak, kat kebun bukan macam berada kat taman layang-layang yang kat Selayang tu. Kebun banyak nyamuk tau. Mane nak tepuk nyamuk lagi, nak cabut rumput lagi. Hah, susahkan. Huh!~

Oh. Sungguh Mengadangada ini orang~~ (^_^)



Sunday, July 18, 2010

. . .

Suspicious.
Hurting those people around by abandoning everything in order to persue your dream.
Imperfection.
Always wish that could have a grip tight on reality.
Why?
It's killing softly.
Pathetic.


Friday, July 2, 2010

Sebabkan semut dalam gula, habih semua orang tolak air sirap

Kalau saya nak cakap yang saya dah give-up dengan hal itu boleh x..?? Tolong jangan fikir yang bukan-bukan k.. Takde kena mengena dengan soal jodoh mahupun pasal perlawanan world cup yang sedang sibuk berlansung sampaikan nak makan kat kedai pun kena main rebut-rebut kerusimeja dulu.. Ataupun soal saya yang sedang practical hari-hari datang ofis hanya melayari internet sampai sakit kepala mata lebam.. haishh..~

Errr.. perlu tak saya tulis besar-besar macam ni..



Saya dah give-up



… kat blog ni..


Atau saya tulis je


Saya dah give-up



dengan size yang agak kecil.. Konon-kononye saya takde la give up sangat.. Kire macam give up tu ditahap biasa2 je la.. Suam-suam kuku kaki.


Apepun size yang saya guna, makna dia tetap sama.. Yela, cuba awak fikir yer, setiap hari saya mencuba.. Pagi-petang-siang-malam semuanya tak berhasil.. So, wat else shud I do kan kalo dah memang-memang tau effort tu tak berbaloi.. Terasa seperti sedang diperkotak-katik-unta-keldai kan ade la.. Berapa kali nak pesan "Tolong jangan buat saya ni macam orang bodoh.."Tapi awak taknak dengar, kan sekarang saya dah give-up.. Hah, sape nak jawab..??


Payah sangat ke nak fikir bende yang sesimple itu..? Ok, tahu memang tak akan amik port pun. Buat penat je nak cakap panjang lebar sampai tekak kering pastu kena cari teman ajak pegi dapur sebab nak minum air tengah-tengah malam..


Sekian terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyakkkkkkkk… Tahniah & Bai..!


p/s: EH SEMUT, BOLEH TAK KALAU KAU MAIN JAUH-JAUH..?? I HATE U LAA..!!