Friday, August 5, 2011

Masalah Keguguran

Walaupun umur dah semakin meningkat, tapi sampai sekarang saya masih dibelenggu dengan masalah yang boleh menggugurkan rambut..! Kesannya, rambut saya sekarang semakin ari semakin kurang. Tak guna saya cuba pantene, mustika ratu, clear, gunejaripunboleh atau segala macam jenis. Kalo tak kena gaya, mungkin di usia 30-an nanti saya dah botak.. Oh! Mintak jauh!

Frankly speaking, saya adalah seorang hamba Allah yang memang TAK PANDAI nak buat keputusan. Ntah hape yang tak kena pun saya tak tahu. Keyakinan untuk membuat keputusan tu macam tak berapa nak ada. =_=' Adakah ini bermaksud saya ni seorang yang dependant? Mengharapkan orang lain tolong buat keputusan? Haktuihhh la kan. Sendiri mau ingat la!! Takkan ko nak membuang pun orang lain nak tolong decide toilet mana yang ko patut pergi, ye dak? Hadoiiii..!

Ok, pendek cite kalo sape-sape ade doa atau petua yang berkait rapat dengan permasalahan ni, sila la bagi. Kedekut amalan setannnnn..! Korang tak nak jadi macam tu kan? Baik bagi sekaranggg!! >.<

** Petua nak kuruskan badan saya tak mahu, ok..!

Sekian. Selamat Berpuasa Bertarawih Bersahur... =)


Wednesday, June 15, 2011

3 Cerita 1 Entry

Saje saya nak haplod gambar banyak-banyak kat sini sebab banyak moments weekend lepas. [Pada sape2 yang rindu kat saya, boleh la usha gambar-gambar ni. Sekian. ;p ]

. . . Cerita I . . .

Jumaat : ‘Farewell Party’ kat ofis semperna pemergian Ejat n Hafis. Dia orang dapat offer yang best terlampau. Best kan? Saya tumpang gembira untuk kamukamu sekalian. =) Eh, tipu..! Sebenarnye sedih jugak sikit. ;’(

Menu biasa2 je. Tapi yang penting ade cake SR. Sebab lazat sangat, gmbar cake sipi-sipi je ;p

Ejat tengah buat ucapan perpisahan. Huhuh.

Amik gambar ngan dorang sebelum pulang untuk buat-buat kenangan. ^_^

Pasangan paling romantis kat opis kitorang =)


. . . Cerita II . . .

Sabtu : Saya lepak kat rumah pakcik saya di presint 18. Oh yeah! Akhirnya saya sampai jugak ke sana berkat kesabaran dan kesungguhan mencari rumah dia walaupun banyak kali saya masuk salah jalan. Saya pun naik pelik, asal nak ke rumah dia je pasti saya sesat. Sungguh tak jiwa la dengan Putrajaya ni. @_@

Pagi tu kitorang pegi jalan-jalan bawak mak cari barang sikit untuk mak + abah dia.

Pusing-pusing subang parade. [ Mak + makcik + pakcik + atuk]. Gambar blurr sebab terlebih zoom. Biasa lah, camerahandphonemurah :( ]

Qystina mintak nak dukung. Erk. Setelah membuat sedikit pengiraan, berat saya dan dia lebih kurang je. Hmm. -.-''

Lunch @The Manhattan Fish Market. Semua orang buat-buat sibuk tengok menu.

Antara menu yang kakak saya order. Ok, Sedap!

Nama menu? Jangan harap saya nak hafal.


Anak buah saya yang paling junior. Uwais Al-Qarni. Orang lain makan sedap-sedap, dia still dengan puting dia. ^_^

Ni sorang lagi! KFC tetap menjadi pilihan di hati.

So - g - dable o - d - good..~

. . . Cerita III . . .

Ahad : Bangun pagi , terus siapsiap ke kenduri di Shah Alam. Mak saya punye sepupu kawen. Petang - Tido sepuas-puasnya sebab penat gila balik dari kenduri. Ntah ape yang penat pun saya tak pasti. Bukan saya yang kawen pun. Bukan saya yang masak lauk pauk. Tolong pasang canopy pun idak..! -_-”

Sesi malam - Mak dan adik beradik dia buat celebration untuk mak abah diaorang semperna hari lahir yang ntah ke-berapa ntah. Saya pun tak pasti. Nenek dan atuk saya dilahirkan pada tarikh yang sama. Suwiitttkan? =)

Lagi suwiiit bila suap-suap cake dengan pisau.

Nenek saya cakap, "Tak payah sudu2 nye. Dah tua-tua ni tak payah nak romantik!" ;0


Sekian. Entry tamat. Bye! ;)

Friday, June 10, 2011

Hapdet CepatCepat (1)

Semalam saya dinner ngan dia. Heeee..~ Pegi makan pizza kat cyber. Setle makan, kitorang pusing-pusing Putrajaya jap atas alasan mahu survey jalan ke rumah pakcik saya di Presint 18. Pendekkan cerita, pegi dan balik kitorang sesat. ^_^''

Kesimpulan: Hentikanlah sebarang hajat kau nak jejak kasih ngan saudara mara sekitar Putrajaya. Buat perabis minyak keta dan yang paling penting, sian kat kau! Abis tegang semua urat-urat muka kalo termasuk salah jalan or jalan gelap. Pastu mulalah masuk gear huru hara-kereta semputsemput!

On the way balik ke rumah….

Dia : ‘Orang sayang awak tau!’

Saya : ‘=)sengih macam seolah-olah tu 1st time dia cakap cmtu. [Eh, bukan sepatutnya saya jawab ‘Saya sayang awak jugak’ ke? Baru la nampak suuwiiit kan? ;p Oh! Cukup gedik!]

Korang : Ek eleh. Kecoh la kau Yanie! Annoying gile ko buat entry camni. Tu pun nak cerita. Simpan sendiri-sendiri sudah. Huh!

Oklah. Fine! Saya simpan sorang-sorang la ni. Huhu. Bye!

Eh jap! Btw sepanjang saya ada lesen kereta, semalam baru 1st time saya drive pergi + balik + bawak dia jalan-jalan sampai sesat. Mesti dia bangga dengan perubahan saya ni. ;p

Monday, June 6, 2011

6 - 1 = 5 Kepala

Suddenly i'm back. Yeahh! Yanie back! Lame tak hengat, blog ni tak hapdet. 3-4 kali gak la saya try tuju paswed. Minggu ni saya tak balik pahang. Makanye, terase bosan yang teramat sangat. Adeh.. =.="

Btw, minggu lepas 1 of my frens passed away. Sumpah, aku rase sedih sangat. Member sekolah dah la tak ramai mane. Tup tup, sorang dari kitorang pergi mengadap Ilahi. Memang terkejut. Rasa macam baru je kitaorang jumpa n chit-chat 2gether-gether. Dia xcident time on de way nak balik Kuantan. Kereta memang hancur and the worst part is yang hancur tu betul2 kat side dia. Condition dia time tu tersangatlah critical. Usus + hati + otak. So?? Time bawak hospital pun doktor dah inform 80-20. Ok, saya admit yang doktor bukan penentu segala-galanya. And of cos, time ziarah dia kat ICU, saya still berharap yang dia boleh diselamatkan. Mintak Allah beri peluang untuk kitorang berjumpa + berborak + bergelak bersama-sama. Tapi, apa nak buat. Inilah yang terbaik untuk dia. Ahad 28 May 2011, dia pergi tinggalkan kitorang semua. Saya time tu dah sampai KL dah pun. Tak fikir panjang, saya terus patah semula ke Pahang. Yup, saya tau yang dia tak tahu pun samada saya datang jenguk dia ke tak. Tapi biarlah saya jadikan tarikh itu tarikh terakhir kitorang jumpa. Takde apa yang dapat saya bagi pada dia selain daripada doa. Kehilangan dia memang cukup terasa bagi kitorang. Banyak gile moments kite sama2 time sekolah. Even, time ko sedang dimandikan, aku & han still imbau cerita2 kita dulu. Ingat gambar2 yg kita penah amik dulu kat segala sudut sekolah and segala jadah yang kita penah buat kat sekolah dulu. Tu gara2 kitorang tak nak terlalu bersedih & jauh disudut hati aku still merasakan, yang diangkat tu bukan kau. Aku, han & ina nangis memang tak hengat nye. Orang cakap, tak baik cmtu, tapi serius, kitorang memang dah xleh tahan2. Sorry sebab tak de sorang pun dari kitorang cium ko untuk kali terakhir. Air mata mencurah2. Ko tak kecik hati kan?

Ko tahukan yang aku memang cuak ngan hospital? To be honest, aku memang takut nak masuk ke ICU lagi-lagi kena masuk sorang2 aritu. Cuak dowh! Tapi, aku tolak tepi semua tu. Aku masuk jugak and once aku tengok ko, perasaan takut tu terus ilang. Mungkin Allah bagi keberanian untuk aku ziarah ko kali terakhir. Time tu ko dengar tak aku becakap ngan ko? Ko rase tak aku pegang tangan ko? Aku suruh ko kuat. Ko mesti sembuh and aku janji datang melawat ko selalu sampai ko sembuh. Ok fine! Aku tau ko xnak aku susah2 cmtu. Thats y, ko pegi jugak kan?? Kau tahu, pas kau pergi naik van jenazah aritu, hidup aku cam huru hara jap. Ape aku buat, semua tak kena. Hilang selera makan. Aku demam tau!
Huh! Ni semua ketentuan. Aku redha. Yup, kali ni aku betul2 redha. Apapun, aku takkan lupakan ko sampai bila2. Semoga kau ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman, Sharifah Maisarah. Aminn.. :'(

Haish.. Tengah2 taip, kluar plak lagu 'Tinggal Kenangan'-Caramel jadi background sound. Sejak tahun bile lak lagu ni ade dalam playlist? ish. Tisu Tisu Tisu. Tak baik meratap lame2, ye x? Huhuhuhu. Klah, nak tido lena2 jap sebelum masuk asar. Babai!

Saturday, July 31, 2010

Padan Ngan Muko Ekau!

Yer.. Dia dah berubah. Dah tak macam dulu. Lebih suka buat hal sendiri. Kalau dulu dia seorang yang banyak cakap. Sampai orang keliling nak layan pun naik menyampah. Mana tak nya, ada je yang dia nak bersuara, bantah, tak nak kalah. Sekarang? Nak bercakap pun, dia jadi malas. Padahal bukan kena keluarkan duit pun. Ntah ape kena ngan dia, ntah ape yang dia tengah fikirkan pun tak tauhu la. Bila orang tanya, jawapan dia terlalu stereotaip.. Erk..! Hipokrit sungguh dia ni.

Sekarang dia lebih suka duduk sorang-sorang. Orang pung-pang-pung-pang berborak kat tepi, dia boleh buat bodoh je. Kalau dia layan pun, bukan dengan sepenuh hati. Macam takde perasaan langsung nak amik tahu hal-hal sekeliling. Pakai headphone, dengar lagu kuat-kuat. Dia tak tahu ke, orang keliling annoyed gila babi dengan perangai dia tu.

Dia patut admit yang dah banyak benda yang dia buat dalam hidup adalah sia-sia. Dia langsung tak pandai nak buat keputusan even untuk diri sendiri. Kalau dulu, dia tak menghiraukan cakap-cakap orang. Orang-orang terdekat mengumpat, sindir pasal dia pun, dia tak amik port. Buat hati kering jer. Selfish! Perasaan orang?? Jangan harap dia nak jaga! Bawak kepala sendiri dalam dunia sendiri yang dianggap betul celaka belaka. Cett.. Kan dah nyesal. Damn! Terlajak jalan, boleh U-turn, terlajak perbuatan, sori to say la bai. Hari ni baru nak sedar bagai?! Tak payah! Dah takde guna!

~ Sigh….~ Pathetic gila la. Rabun warna hati gara-gara perkara remeh-temeh.

Tapi takpe, masih ada masa untuk dia mengubah dan berubah. Ubahlah apa-apa yang patut. Semoga semuanya baik-baik selepas ni. =)

Saya terpaksa yakin bagi pihak dia sebab dia adalah saya. Erk! =.=''

Wednesday, July 21, 2010

Sepetang

Wahhh..!! Dah macam aktiviti wajib pulak tiap-tiap hujung minggu, saya mesti pulang ke pangkuan keluarga yang berada di Pahang. Teeeheee. Hati tersangatlah gumbira sebab sebelum ni nak balik 6kali setahun pun susah tau. Uhuk uhuk uhuk.. Oleh sebab musabab tertentu, tak perlulah saya mengabaikan peluang keemasan ini. Biar sampai mak dan abah cakap "Okeh, mak dan abah dah bosan tengok muka adik. Minggu depan tolong laaa jangan balik. Balik hujung tahun nanti je." Errr.. Tapi saya percaya, mak dan abah tak akan cakap cenggitu. ^_____^

Last weekend, sebelum gerak ke Kole Lumpur saya sempat singgah ke kebun untuk kutip hasil titik peluh abah. Saya ulang, HASIL TITIK PELUH ABAH OK, bukan titik peluh pekerja-pekerja indon yang diupah untuk kerjakan kebun itu.

Nak pegi kebun memang kena dress-up cenggini.

Mesti pakai topi keselamatan sebab takut buah jatuh ketika tengah kusyuk mencari. Nanti terus biol.
Disebab sarung tangan sebelah kanan abang dah rembat dulu, jadi pakai je lah yang sebelah kiri punyer.
Mesti bawak parang dan diikat dipinggang sebab kalo rase dah tak tahan sangat maka boleh terus kupas kat situ jugak.
Pakai selipar. Tak payah nak buat selekeh sangat pergi kebun ngan kaki ayam jer. Tapi lebih afdal pakai kasut yang macam phua chu kang tu.


Tadaaa.. Yerrr, pergi kutip buah durian..!!!

Tak sampai sejam pun kitorang kat situ, dah dapat kutip banyak. Alhamdulillah. Kutip buah memang senang, jalanjalan-jumpa-amik-masuk dalam guni. Nak buktikan ianya memang sangat senang, tengok..!!! Sambil-sambil kutip pun sempat lagi nak bergambar.


Cuba kalo abah suro tanam atau kawenkan pokok, kompem saya dah buat muka senget sebelah. Mane tak nye, time kecik2 dulu, kalau abah suro cabut rumput bawah anak-anak pokok pun, siap nangis2 sebab taknak buat. Rasa macam susah gila la keje tu. Tambah pulak, kat kebun bukan macam berada kat taman layang-layang yang kat Selayang tu. Kebun banyak nyamuk tau. Mane nak tepuk nyamuk lagi, nak cabut rumput lagi. Hah, susahkan. Huh!~

Oh. Sungguh Mengadangada ini orang~~ (^_^)



Sunday, July 18, 2010

. . .

Suspicious.
Hurting those people around by abandoning everything in order to persue your dream.
Imperfection.
Always wish that could have a grip tight on reality.
Why?
It's killing softly.
Pathetic.